Wednesday, September 2, 2009

SYIRIK PASAL SUKA-SUKA

Assalamualaikum, kat cni sye nk kongsi bnd sket..sebenarnya bnd ni sya terima dkt mail, so klu bhs 2 ada yg x kna jgn mrh.. (mls nk edit)
baca tau...

RENUNGKAN2:

'Subject: Fw: Murtad (terbatal syahadah) dan syirik bagi kamu... mesti baca sampai habis, jangan skip to the end.'

Subject di atas ditujukan kepada sesiapa yang terlibat dengan
penghantaran dan penyebaran email atau surat berantai seperti yang kamu
pernah terima atau kamu pernah hantar
iaitu yang jenis
:
"Jangan delete email ini sebelum di hantarkan kepada 10 orang lain"
atau
"Emailkan kepada 12 orang, kamu akan dapat berita baik selepas 12 jam"
atau
"Saya telah emailkan kepada 10 orang dan sejam kemudian saya mendapat
durian runtuh" dan lain-lain lagi...

Ulasan
1. Walau apa pun isi kandungan sebelumnya, sama ada "Doa Nabi", Ayat Alquran, Peringatan dll.... tapi jika di sertakan dengan perkara diatas... kamu sudah syirik jika kamu menyebarkan dengan yakin.

2. Walau kamu tak yakin, tetapi tetap menyebarkannya kepada orang ramai, DAN JIKA ada yang menerimanya yakin akan kata-kata tersebut... KAMU JUGA MENDAPAT SAHAM DOSA TERSEBUT DAN SAHAM ITU BOLEH DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI MLM ATAU SISTEM PIRAMID YANG MANA KAMU AKAN TERUS MENERUS MENDAPAT SAHAM DOSA DARIPADA DOWNLINE KAMU.

3. Baca petikan ini sampai habis

Hakikat Sebenar Surat Berantai. Sila Baca....harap menjadi panduan

Soalan 1

Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2

Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu.. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat.. Dan
apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini?

Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.

Jawapan


Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu.
Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa
Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan
kepadanya.. Seolah-olah Rasululllah SAW belum selesai tablighnya. Kita
ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah
s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud
bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu
ikut yang mana? Surat inikah atau AlQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan
mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan
sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara
tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini
akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah.

Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur.
Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan
mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini
adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam. Mari kita kaji
pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang
menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w
dalam mimpinya.

Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan
pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang
akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan
beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat
ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20
salinan, mendapat bala.

Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini
adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula
beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah
untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya,
Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak
jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan
keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh
sahkan hal ini.


Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah
sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati
seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan
inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga
sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan.
Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya
memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini
dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah
memasukkannya kedalam Internet.

Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat
yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila,
kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah
lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari
Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah
haram.

Wallahu'allam.

Harap2 korang sumer terima dan faham apa yg cuba disampaikan... Assalamualaikum...

1 comment:

  1. btol tu fatin.kte dulu pon pernah dpt sebnyk 56 surat berantai.sebenarnya,surat berantai ini adalah ugutan supaya orang mempercayai perkara tersebut dan seperti yg fatin kata mereka sanggup kufur walaupun surat itu adlh palsu.ini bermksd,kte lebih takutkan ugutan dlm surat tersebut drpd Allah swt.ini dikatakan dr hasutan syaitan.adakah kte sanggup menyimpan dosa org lain sehingga menyebabkan kte dimasukkan ke dlm neraka dsbbkan perasaan tkt kte kpd ugutan itu?!Allah maha berkuasa menentukan segala takdir hidup kte.jgnlah berpaling ke jln yg sesat.sebaliknya kuatkanlah iman mu agar terhindar drpd godaan syaitan.ingat!!Allah sentiasa melindungi hambanya yg taat kpd-Nya..semoga ia mnjd iktibr buat kte semua agar menjadi muslim yg kuat imannya

    ReplyDelete